Tuesday, November 27, 2018

BINA KERJAYA FESYEN DI DUBAI. KINI PIA SEMAKIN BERJAYA MENCIPTA NAMA.




ANA SOFIA BINTI MOHD AZIM ( PIAHIJAB )
27 TAHUN
KUALA SELANGOR

INDUSTRI fesyen tempatan mencatat sejarah tersendiri sepanjang tahun ini apabila beberapa nama usahawan wanita mendapat pengiktirafan pada peringkat tempatan dan global.


logo PIA



Seorang usahawan muda wanita, iaitu Ana Sofia Binti Mohd Azim atau dikenali sebagai Pia  disenaraikan dalam kategori Usahawan Muda Berjaya Di Asia oleh Forbes 30 Under 30 Asia 2019.
Pencapaian itu menggambarkan pembabitan wanita dalamindustri fesyen dan kecantikan itu bukan bidang picisan sebaliknya memberi sumbangan besar pada pendapatan peribadi dan negara.
Sungguhpun landskap fesyen dilihat dimonopoli pereka lelaki, saban tahun penampilan pereka fesyen wanita semakin menyerlah dan selesa menempatkan diri dalam industri rekaan kreatif.
Pada usia 30 tahun, Ana Sofia yang juga pengasas PIAHIJAB , sudah bergelar jutawan muda menerusi kejayaannya menjalankan perniagaan berasaskan gaya hidup, iaitu tudung.
(antara tudung rekaan PIA )

(antara tudung rekaan PIA )



(antara tudung rekaan PIA )


(antara tudung rekaan PIA )


(antara tudung rekaan PIA )


(antara tudung rekaan PIA )
Beliau menerima pelbagai pengiktirafan berprestij dan menjadi ikon usahawan muda berjaya, selain mencipta rekod tersendiri dalam industri seni, pengacaraan, model dan duta produk.
Turut memberikan impak tersendiri dalam industri e-dagang tempatan, Vivy pula mencipta fenomena pembelian dalam talian dengan mengasaskan laman sesawang, FashionValet.
FashionValet kini memiliki lebih 30 kakitangan dan menampilkan lebih 400 jenama seluruh Asia.
Kehadiran jenama telekung premium, Siti Khadijah mengubah persepsi wanita untuk memiliki sepasang telekung selesa untuk bersolat dan tidak kisah berbelanja sehingga produknya menembusi pasaran global termasuk Asia Barat.
Kemunculan Pengasas Telekung Siti Khadijah (SK), Padzilah Enda Sulaiman, 54, yang asalnya suri rumah sepenuh masa membuktikan wanita mampu melangkah jauh menggegar dan menakluk dunia dalam pelbagai cara.
Jalin kerjasama
Syarikat beliau mengungguli Anugerah PKS Patuh Syariah 2017 Bank Islam-Utusan yang julung kali diadakan apabila memenangi Anugerah Perdana, baru-baru ini.
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, memiliki ketokohan dan sisi berbeza dalam bidang keusahawanan.
Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd mengorak langkah mengumumkan kerjasama beliau dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan produk beg tangan jenama sendiri, iaitu DSV-LV.
Susun strategi pemasaran
Karakter dan kebijaksanaannya menyusun strategi pemasaran dan penjenamaan sememangnya melangkaui masa depan termasuk klip video lagu I am Me lebih 3.2 juta di seluruh dunia seharusnya dijadikan inspirasi wanita lain.
Bagi pereka fesyen, Ana Sofiayang pada awalnya hanya menerima tempahan busana, khusus atas tempahan busana, juga menyerlah pada tahun ini, apabila perjalanannya dalam bidang kreatif diiktiraf selepas menerima Anugerah Terbaik 2017 Minggu fesyen Kuala Lumpur 2017 (KLFW 2017).
Sepanjang tahun ini juga menyaksikan ramai usahawan wanita dalam bidang fesyen membuat pertunjukan pentas koleksi mereka di luar negara termasuk di Dubai dan New York.